RIAU (Samudera/Nusantara)
Para-Sahabat Keluar ke Jalan Allah: Dahwah RIAU
(Samudera)
tiaraVillaRuby - Sebanyak 150 jemaah telah dihantar dari Madinah
dalam masa 10 tahun tersebut. Baginda Shallallahu Alayhi wa Sallam sendiri
telah menyertai 25 daripada jemaah-jemaah tersebut.
Sebahagian jemaah
tersebut terdiri daripada 10,000 orang, ada yang 1,000 orang, 500 orang,
300 orang, 15 orang, 7 orang.
Jemaah-jemaah ini ada
yang keluar untuk 3 bulan, 2 bulan, 15 hari, 3 hari dan sebagainya. 125
jemaah lagi sebahagiannya terdiri daripada 1000 orang, 600 orang, 500 orang dan
sebagainya dengan masa 6 bulan, dan 4 bulan.
Sekiranya kita
menghitung dengan teliti maka akan didapati purata masa yang diberikan
oleh setiap sahabat untuk keluar ke jalan Allah dalam masa setahun ialah antara
6 hingga 7 bulan.
Petikan Bayan Imam
Yusuf Rahmatullahi'Alaih: USAHA RASULULLAH Shallallahu Alayhi wa Sallam
DAN SAHABAT Radhiyallahu Anhu DALAM KEHIDUPAN MADINAH.
Sahabat Radhiyallahu
Anhu keluar 5 tahun: Pada tahun 627M satu rombongan sahabat-sahabat Nabi
Shallallahu Alayhi wa Sallam yang diketuai oleh Wahab bin Abi Qabahah dikatakan
telah mengunjungi Riau 'Samudera' dan menetap selama 5 tahun di sana (sebelum
pulang ke Madinah).
(Dipetik
dari kitab ‘Wali Songo dengan perkembangan Islam di Nusantara’, oleh Haji Abdul
Halim Bashah, terbitan Al Kafilah, Kelantan, 1996, m/s 79, bab 9, ISBN
983-99852-8-0).
.jpg)
No comments:
Post a Comment